
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata mereka menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian terbabit pada 2.07 pagi.
“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Volkswagen telah melanggar bahagian belakang sebuah lori simen. Terdapat empat mangsa telah tersepit di dalam kereta.
“Tiga lelaki berumur lingkungan 20-an disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya, lapor Berita Harian.
Beliau berkata, manakala seorang lagi wanita berusia 27 tahun mengalami kecederaan parah di kepala selain patah kaki kiri.
“Semua mangsa berjaya dikeluarkan anggota bomba sebelum diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan lanjut.
“Operasi membabitkan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Emergency Medical Rescue Services (EMRS),” katanya.