
Azam menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di atas peluang menerajui agensi berkenaan.
“Justeru, saya turut menyeru kepada pegawai dan kakitangan SPRM supaya memberi kerjasama kepada ketua pesuruhjaya yang baharu.
“Saya yakin SPRM akan terus cemerlang di bawah Ketua Pesuruhjaya baharu,” katanya kepada Berita Harian, di Kuala Pilah.
Mengulas perancangan selepas bersara pada 12 Mei sama ada akan menyertai politik, Azam berkata, tugasnya sebagai ‘pegawai kerajaan menyebabkan dia lebih seronok berbakti kepada rakyat’.
Azam dilantik sebagai ketua pesuruhjaya SPRM pada 9 Mac 2020, menggantikan Latheefa Koya.
Beliau akan digantikan oleh bekas hakim Mahkamah Tinggi, Abdul Halim Aman, bermula 13 Mei ini.