Zahid bidas Muhyiddin, ‘jangan fikir orang lain akan buat macam dia’

Zahid bidas Muhyiddin, ‘jangan fikir orang lain akan buat macam dia’

Muhyiddin Yassin tidak seharusnya membuat andaian kerajaan akan ambil tindakan seperti yang pernah dilakukan beliau, kata TPM.

zahid hamidi n muhyiddin
Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi bidas dakwaan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.
DUNGUN:
Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi membidas dakwaan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin kononnya kerajaan bercadang menangguhkan PRN Melaka dan Johor kerana takut kalah.

Presiden Umno berkata Muhyiddin tidak seharusnya membuat andaian kerajaan akan mengambil tindakan menangguhkan pilihan raya seperti yang pernah dilakukan bekas perdana menteri itu ketika menerajui pentadbiran negara.

“Janganlah apa yang dia buat, dia fikir orang lain akan buat macam dia juga,” katanya selepas merasmikan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Dungun.

Beliau mengulas kenyataan Muhyiddin yang dilaporkan berkata cadangan penangguhan PRN didorong rasa takut akibat kehilangan sokongan rakyat.

Sebelum ini, Pengerusi DAP Melaka Khoo Poay Tiong dilaporkan mencadangkan penangguhan PRN kerana mahu mengurangkan beban rakyat yang berdepan kenaikan kos sara hidup akibat krisis tenaga global.

Zahid berkata tidak timbul soal hasrat menangguhkan PRN di dua negeri itu kerana keputusan pembubaran DUN hak mutlak pemerintah negeri.

“Ini terserah pada Tuan Yang Terutama, pemangku Sultan Johor dan Yang di-Pertuan Agong kerana hak pembubaran terletak kepada mereka,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.