Skandal urus niaga saham: Reman bekas CEO, pengerusi syarikat sambung 5 hari

Skandal urus niaga saham: Reman bekas CEO, pengerusi syarikat sambung 5 hari

Kedua-dua suspek sebelum ini direman empat hari bermula Khamis lalu.

gavel
Tempoh reman terhadap bekas CEO badan berkanun kerajaan dan pengerusi sebuah syarikat disambung lima hari sehingga 6 April bagi membantu siasatan skandal urus niaga saham. (Gambar fail)
PETALING JAYA:
Tempoh reman terhadap bekas CEO badan berkanun kerajaan dan pengerusi sebuah syarikat disambung lima hari bagi membantu siasatan skandal urus niaga saham.

Reman sehingga 6 April itu dikeluarkan Majistret Ainul Izzati Mohd Jamili di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menurut Sinar Harian.

Kedua-dua suspek sebelum ini direman empat hari bermula Khamis lalu.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Menurutnya, kes turut disiasat berkaitan kesalahan pecah amanah jenayah dan kesalahan jenayah lain yang berkaitan, khususnya di bawah kesalahan aktiviti pengubahan wang haram.

Media sebelum ini melaporkan siasatan siasatan SPRM mendapati wujud modus operandi penyalahgunaan kedudukan dalam urusan penjualan saham menggunakan dana awam susulan penahanan dua individu berusia lingkungan 40 dan 50-an itu.

Skandal saham itu dipercayai melibatkan penilaian harga yang tidak munasabah dan tidak setimpal yang berpotensi menyebabkan kerugian kepada dana awam dianggarkan melebihi RM300 juta.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.