Jangan sibuk fikir rampas kuasa, Pemuda DAP bidas Peja

Jangan sibuk fikir rampas kuasa, Pemuda DAP bidas Peja

Woo Kah Leong menasihatkan pembangkang di Perak menyelesaikan urusan 'rumah tangga' terlebih dahulu sebelum sidang DUN akan datang.

Ketua Pemuda DAP Woo Kah Leong sindir proses penstrukturan PN susulan kenyataan Ketua Bersatu Perak Ahmad Faizal Azumu sentimen rakyat di negeri itu menunjukkan kecenderungan untuk melakukan perubahan kerajaan.
PETALING JAYA:
Ketua Pemuda DAP Woo Kah Leong mengingatkan Perikatan Nasional (PN) jangan sibuk memikirkan agenda merampas kuasa ketika seluruh dunia sedang bergelut dengan krisis kekurangan sumber tenaga.

Menyifatkan blok pembangkang hari ini sebagai ‘paling tidak berguna dalam sejarah’, Woo berkata rakyat tidak mahu lagi melihat detik hitam kempen ‘bendera putih’ berulang, yang menurutnya adalah simbol kegagalan pentadbiran PN sebelum ini.

“Tak pernah mengusulkan cadangan konstruktif, tak pernah berikhtiar untuk membantu rakyat, malah tak pernah berhenti untuk memikirkan rampasan kuasa.

“Dahlah tidak mampu untuk menukarkan ketua pembangkang Parlimen sehingga kini, dan hanya mampu menggantikan pengerusi PN selepas berbulan-bulan, kini pula sibuk berbicara soal mentadbir negeri,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Ketua Bersatu Perak Ahmad Faizal Azumu atau lebih dikenali Peja mendakwa sentimen rakyat di negeri itu menunjukkan kecenderungan untuk melakukan perubahan kerajaan pada pilihan raya akan datang.

Katanya, rasa tidak puas hati rakyat didorong beberapa faktor termasuk kerjasama antara parti dalam kerajaan sedia ada yang didakwa tidak disenangi sebahagian pengundi.

Sementara itu, Woo yang juga Adun Pasir Bedamar menasihatkan pembangkang di Perak menyelesaikan kemelut dalaman mereka sendiri atau urusan ‘rumah tangga’ terlebih dahulu sebelum menjelang sidang DUN akan datang.

Beliau turut menyindir proses penstrukturan semula blok tersebut yang dilihat tidak membawa perubahan signifikan.

“Tak pasti berapa baki lagi selepas ‘reset’. Mungkin yang duduk sebelah ‘Raja Fitnah’ pun kena ditukarkan tempat duduknya.

“Dari Bersatu kepada Berpecah, dan Perikatan Nasional pun sudah menjadi PAS Nasional. Memang sah pembangkang yang paling tidak berguna dalam sejarah,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.