Pelihara perpaduan teras keamanan negara, kata Aaron

Pelihara perpaduan teras keamanan negara, kata Aaron

Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang berkata keamanan dan perpaduan perlu sentiasa menjadi teras dalam kehidupan berbangsa di Malaysia.

multiracial
Negara aman dan damai yang hidup berbilang kaum berupaya bersaing serta memberi sumbangan pada peringkat global, menurut Aaron Ago Dagang. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang menyeru rakyat Malaysia untuk terus memelihara hubungan antara agama dengan penuh hormat dan kasih sayang demi memastikan keharmonian negara kekal terpelihara.
Aaron Ago Dagang.

Beliau menerusi hantaran Facebook sempena sambutan Easter berkata Malaysia dibina atas asas kepelbagaian, justeru keamanan dan perpaduan perlu sentiasa menjadi teras dalam kehidupan berbangsa di negara ini.

“Negara yang aman dan damai mempunyai keupayaan untuk bersaing serta memberi sumbangan pada peringkat global,” katanya.

Aaron berkata kekuatan Malaysia lahir daripada rakyat yang bersatu padu, saling menghormati serta bekerjasama demi masa depan yang lebih gemilang.

“Marilah kita bersama-sama menzahirkan semangat muhibah dan perpaduan dalam setiap tindakan demi Malaysia yang kita cintai,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.