
Beliau berkata langkah itu juga penting bagi mengelakkan pertambahan kos kepada peruntukan pembangunan dalam keadaan ekonomi global yang semakin mencabar termasuk konflik di Asia Barat kini.
“Dalam keadaan semasa yang mencabar dan negara semakin merasai krisis tenaga global, termasuk kesan ketidaktentuan akibat konflik di Asia Barat, kita tidak boleh benarkan kelewatan terus berlaku.
“Sebarang isu berbangkit mesti diselesaikan secara cepat, bersepadu dan pragmatik supaya projek siap mengikut masa dan manfaatnya sampai kepada rakyat tanpa tertangguh,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan Kementerian Ekonomi.
Kenyataan itu sempena program tinjauan oleh Akmal berhubung kemajuan pembinaan jalan baharu dari Nilai-Labu ke Bandar Enstek di bawah projek Malaysia Vision Valley (MVV), yang melibatkan kos RM557.5 juta.
Program dijangka siap pada suku pertama 2027 itu akan meningkatkan jaringan jalan raya ke MVV dan kawasan Seremban Barat, sekali gus menyokong perkembangan kawasan berkenaan sebagai koridor pertumbuhan penting melibatkan pelaburan, industri, logistik dan perumahan.
Beliau berkata, Putrajaya akan terus bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri, agensi pelaksana, pihak berkuasa teknikal, syarikat utiliti dan kontraktor bagi memastikan projek disiapkan mengikut jadual.
Katanya, pemantauan di lapangan juga akan diperkasa bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar dan berkesan.