Hujan berterusan tahap buruk, waspada dijangka landa Sabah

Hujan berterusan tahap buruk, waspada dijangka landa Sabah

Amaran itu dikeluarkan bagi kawasan Sandakan dan Kudat.

hujan
Beberapa kawasan di Sabah hari ini dijangka dilanda hujan berterusan tahap buruk dan waspada, menurut Ketua Pengarah MetMalaysia Mohd Hisham Mohd Anip. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Hujan berterusan tahap buruk dan waspada dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah hari ini, menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Mohd Hisham Mohd Anip.

Dalam kenyataan pagi ini, beliau berkata amaran tahap buruk dikeluarkan bagi kawasan Sandakan (Beluran) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas).

Sementara itu, amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan kawasan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid dan Sandakan) dan Kudat.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan, atau menghubungi talian 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.