Pemergian Abdul Hamid suatu kehilangan besar, kata ketua hakim negara

Pemergian Abdul Hamid suatu kehilangan besar, kata ketua hakim negara

Pemergian bekas ketua hakim negara, Abdul Hamid Mohamad, dirasai warga kehakiman, kata Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Abdul Hamid Mohamad
Bekas ketua hakim negara, Abdul Hamid Mohamad, meninggal dunia pada usia 83 tahun. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Pemergian bekas ketua hakim negara, Abdul Hamid Mohamad, merupakan satu kehilangan besar kepada negara.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan memaklumkan Abdul Hamid banyak berjasa kepada badan kehakiman sepanjang tempoh perkhidmatannya. Beliau merupakan ketua hakim Negara bermula 1 Nov 2007 hingga 17 Okt 2008.

Ketua Hakim Negara Wan Ahmad Farid Wan Salleh mewakili badan kehakiman mengucapkan takziah kepada keluarga Abdul Hamid.

“Sesungguhnya kepulangan Allahyarham ke rahmatullah merupakan satu kehilangan besar yang amat dirasai oleh seluruh warga Kehakiman khasnya dan negara amnya,” menurut kenyataan.

Abdul Hamid meninggal dunia pada usia 83 tahun di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) tengah hari tadi.

Beliau meninggalkan isteri, Hamidah Choong Abdullah, dan empat orang anak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.