
Ketua Penerangan Bersatu Hulu Langat Shafiq Abdul Halim yang turut dipanggil berkata beliau memberi keterangan kepada lembaga diketuai Radzi Manan kira-kira 11.30 pagi tadi.
“Mesyuarat Lembaga Disiplin berjalan jam 10 pagi tadi. Saya dipanggil jam 11.30 pagi,” katanya kepada pemberita.
Shafiq antara 14 yang dipanggil kerana didakwa terbabit dalam gerakan menjatuhkan Muhyiddin.
Hamzah dipanggil hadir ke lembaga disiplin berikutan aduan yang mendakwa beliau cuba mensabotaj mesyuarat agung tahunan parti 2025 dan melemahkan kepimpinan parti.
Notis bertarikh 6 Februari menyatakan ia adalah panggilan kedua, selepas notis pertama dikeluarkan pada Oktober tahun lepas.
Semalam Setiausaha Sulitnya Ahmad Ikhwan Fadhli berkata Hamzah berada di Sydney, Australia, untuk membantu anak perempuannya mendaftar di universiti.
Selain Hamzah, antara pemimpin Bersatu lain dipanggil ialah dua Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Zainol Fadzi Paharudin dan Yunus Nurdin.
Selain itu, beberapa ketua bahagian antaranya Ahmad Ishak (Gopeng), Mohd Yunus Mohd Yusof (Tapah), Kamaruddin Majid (Teluk Intan), Zulkifli Bujang (Johor Bahru) serta Dr Yadzil Yaakub (Jasin).
Pemimpin bahagian lain yang akan dipanggil menghadap Ahmad Nasir Mid (Selayang), Mohd Hassuandi Hamzah (Larut) dan Abdul Aziz Ismail (Dungun) serta Ramlan Meon (Tangga Batu).
Turut dipanggil Ketua Srikandi Sabah Nabila Norsahar.
Sementara itu, tinjauan mendapati tiada perhimpunan untuk menyokong Hamzah seperti ditularkan di media sosial.