
Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata ini kerana perhimpunan digerakkan pendakwah bebas Zamri Vinoth terbabit bertujuan menjunjung penguatkuasaan undang-undang sedia ada.
“Tidak perlu mana-mana pihak rasa takut.
“Ia berbeza dengan himpunan menuntut hak dilarang di dalam Perlembagaan. Contohnya Himpunan Pro LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender LGBT),” katanya di Facebook.
Kenyataan Fadhli itu menyusul selepas kebimbangan disuarakan pelbagai pihak berhubung penganjuran perhimpunan dirancang di pekarangan Kompleks Sogo.
Antaranya oleh Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), iaitu rakan PAS dalam Perikatan Nasional (PN).
Semalam, FMT melaporkan Ketua Penerangan MIPP Justin Prabakaran berkata pihaknya telah menghantar surat rasmi kepada pucuk pimpinan PAS dan Bersatu supaya tidak menyertai perhimpunan membantah pembinaan rumah ibadat haram dianjurkan gabungan NGO, Sabtu ini.
Menurutnya, surat itu dihantar kepada Presiden PAS Hadi Awang dan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sebagai langkah proaktif menjaga kestabilan gabungan Perikatan Nasional PN.
Kelmarin, Ketua Pemuda PAS Selangor Sukri Omar berkata tiada arahan rasmi dikeluarkan kepada ahlinya untuk menyertai terbabit.
Katanya, bagaimanapun beliau secara peribadi menyokong penganjuran perhimpunan itu dan menggesa isu tersebut diselesaikan mengikut lunas undang-undang.