SPRM siasat pegawai kerajaan guna wang zakat beli tanah

SPRM siasat pegawai kerajaan guna wang zakat beli tanah

Kertas siasatan dibuka susulan pendedahan oleh seorang Adun Pulau Pinang dalam sidang DUN pada hujung tahun lalu.

macc sprm
Pasukan siasatan SPRM hadir ke beberapa pejabat yang disyaki terbabit dalam kes itu bagi mendapatkan dokumen berkaitan dan rakam keterangan dua individu.
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat seorang pegawai kanan kerajaan di Pulau Pinang kerana disyaki salah guna kuasa dalam urusan pembelian tanah menggunakan dana zakat di negeri itu.

Berita Harian yang memetik sumber sebagai berkata, kertas siasatan terbabit dibuka susulan pendedahan dibuat seorang Adun Pulau Pinang dalam sidang DUN pada hujung tahun lalu.

Menurut sumber, pasukan siasatan hadir ke beberapa pejabat yang disyaki terbabit dalam kes itu bagi mendapatkan dokumen berkaitan untuk siasatan.

“Selain itu, SPRM juga merakam percakapan dua individu dipercayai terbabit dalam kes ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Karunanithy Y Subbiah yang mengesahkan perkara itu berkata kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.