Bekas KP perisikan akan didakwa esok

Bekas KP perisikan akan didakwa esok

Sebelum ini Perdana Menteri Anwar Ibrahim arah Kementah teliti semula aspek keselamatan negara susulan penahanan anggota MDIO.

kompleks mahkamah kuala lumpur
SPRM memaklumkan bekas ketua pengarah perisikan pertahanan akan didakwa di mahkamah esok.
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan bahawa mereka mendapat izin untuk mendakwa seorang bekas ketua pengarah perisikan pertahanan esok.

Undangan media untuk membuat liputan ke atas pertuduhan esok menyatakan bekas pegawai tinggi Pertubuhan Perisikan Pertahanan Malaysia (MDIO) itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 8.30 pagi.

Pada Ogos tahun lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Pertahanan meneliti semula aspek keselamatan negara susulan penahanan anggota MDIO.

Bernama memetik jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil sebagai berkata, Anwar menyatakan kebimbangan tentang keselamatan negara berikutan tangkapan oleh SPRM.

Pada 13 Ogos tahun sama, SPRM menahan 10 individu termasuk tiga pegawai dan dua bekas pegawai kanan tentera dipercayai terlibat dalam sindiket penyeludupan di selatan tanah air.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.