BN pertahan Kinabatangan, Lamag dengan majoriti kukuh

BN pertahan Kinabatangan, Lamag dengan majoriti kukuh

Kurniawan Naim Moktar dan Ismail Ayob mengukuhkan majoriti undi BN di Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag.

BN berjaya dalam misi mempertahankan Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag pada PRK kali ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag dengan majoriti memberangsangkan, menurut keputusan rasmi PRK.

Kerusi Kinabatangan dan Lamag sebelum ini disandang Bung Moktar Radin, yang berkhidmat selama enam penggal berturut-turut sebelum meninggal dunia pada Disember 2025.

Bagi Parlimen Kinabatangan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Kurniawan Naim Moktar menang dengan kelebihan 14,214 undi, selepas meraih 19,852 undi untuk menewaskan Saddi Abdul Rahman dari Warisan (5,638) dan calon Bebas, Goldam Hamid (946).

Pada PRU15, Bung mempertahankan Kinabatangan dengan majoriti 4,330 undi, dicabar oleh Mazliwati.

Di DUN Lamag pula, Ismail Ayob menang dengan kelebihan 5,681 undi, selepas meraih 7,269 undi untuk menewaskan Mazliwati Abdul Malek dari Warisan (1,588).

Pada PRN tahun lalu, Bung mempertahankan Lamag dengan majoriti tipis 153 undi, diikuti rapat oleh Ismail, yang bertanding sebagai calon Bebas ketika itu.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Perikatan Nasional (PN) tidak bertanding dalam PRK tersebut bagi menghormati legasi Bung Moktar.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.