
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata kejadian itu berlaku pada 6.39 petang membabitkan seorang lelaki berumur 41 tahun.
“Individu terbabit bertindak secara provokatif dan dia dibawa ke pejabat JSPT Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut termasuk ujian Evidential Breath Analyzer (EBA).
“Hasil ujian pernafasan mendapati bacaan alkohol adalah 107 mg/100 ml darah, melebihi had yang dibenarkan undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini, menurut Harian Metro.
Bagaimanapun katanya, kejadian itu tidak menyebabkan sebarang kemalangan atau kecederaan.
“Tangkapan terhadap pemandu itu dilakukan di bawah Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu di bawah pengaruh alkohol.
“JSPT Kuala Lumpur merujuk kertas siasatan kepada timbalan pendakwa raya untuk arahan lanjut dan pertuduhan,” katanya.