
Ketua Polis Penampang, Sammy Newton, berkata bertindak atas maklumat video seminit itu, sepasukan anggota polis menjalankan pemeriksaan di ladang terbabit.
Beliau berkata, siasatan mendapati video tular itu dipercayai dirakam berhampiran ladang penternakan terbabit.
“Hasil pemeriksaan mendapati ladang berkenaan beroperasi secara sah dan memiliki lesen penternakan serta lesen jual beli daging buaya sah, yang dikeluarkan Jabatan Hidupan Liar Sabah.
“Pihak polis menasihati orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi boleh menimbulkan kegusaran awam serta sentiasa menyebarkan maklumat tepat dan bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Sammy berkata, pihaknya sentiasa komited memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terpelihara.