
Beliau berkata, guru sudah menyesuaikan diri dengan pengajaran tanpa UPSR sejak ia dimansuhkan pada 2021.
Bagaimanapun, beliau menyatakan kebimbangan berhubung sistem penilaian semasa, di mana pelajar melalui Tahun Enam hingga Tingkatan Lima tanpa menduduki sebarang peperiksaan besar, sebaliknya bergantung kepada pentaksiran lulus-gagal sahaja.
Beliau berkata, ini boleh menjejaskan keupayaan pelajar untuk membangunkan kemahiran menulis dan analisis dalam jangka masa panjang.
“Apabila mereka masuk pasaran kerja nanti, mereka mungkin tidak tahu bagaimana menulis karangan,” katanya dalam acara dialog bersama rakyat di Kuching malam tadi, lapor Dayak Daily.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek sebelum ini berkata, Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan telah ditugaskan mengkaji sama ada UPSR dan PT3 patut dikembalikan.
Selain UPSR bagi murid Tahun Enam yang dimansuhkan pada 2021, PT3 untuk pelajar Tingkatan Tiga turut dimansuhkan pada 2022. Kedua-duanya digantikan dengan pentaksiran berasaskan sekolah.
Mulai tahun lepas, Sarawak memperkenalkan pentaksiran piawai (UL-DLP) untuk murid Tahun Enam bagi mengukur sejauh mana pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di bawah Program Dwibahasa.