
Fadhlina Sidek berkata beliau menjangkakan kajian berkenaan, yang juga akan menilai pentaksiran yang dilaksanakan ketika ini, dapat diselesaikan dalam tahun ini dan dibentangkan secepat mungkin.
“Kita sudah mempunyai pandangan-pandangan awal dan kita akan buat kajian yang menyeluruh sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan selanjutnya. Jadi bagi kita masa,” katanya lapor Berita Harian.
Pada Jumaat lepas, Fadhlina mengumumkan Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) diaktifkan untuk mengkaji semula keperluan mengembalikan UPSR serta PT3, selepas mengambil kira keluhan ibu bapa.
UPSR dimansuhkan pada 2021, manakala PT3 pada 2022, sebelum kedua-duanya digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.