
“Razali yang juga exco kerajaan negeri kekal sebagai Adun dan tiada keperluan mengisytiharkan kekosongan kerusi bagi membolehkan PRK diadakan,” katanya menurut Berita Harian.
Beliau berkata demikian susulan dakwaan di laman sosial kerusi DUN Kijal kosong dan PRK perlu diadakan ekoran keputusan mahkamah pada Isnin lalu.
Razali didapati bersalah atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan menerusi ucapan pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PRK Kemaman pada 10 Nov 2023.
Ketua Bersatu Terengganu itu didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mohd Nor berkata, Razali hanya akan hilang kelayakan jika dijatuhkan hukuman penjara lebih 12 bulan atau didenda lebih RM2,000.
Beliau berkata, Razali didenda tidak lebih RM2,000 dan tidak dijatuhkan hukuman penjara seperti termaktub dalam Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.
“Berdasarkan hukuman dijatuhkan ke atas Razali, tiada kekosongan DUN Kijal dan tiada keperluan diadakan PRK.”