
“Saya mengambil perhatian bahawa pelantikan saya sebagai setiausaha agung PN adalah atas bidang kuasa Pengerusi Muhyiddin Yassin,” katanya di Instagram.
Azmin diumumkan sebagai setiausaha agung PN pada 10 Dis tahun lalu, menggantikan Hamzah Zainudin, yang juga daripada Bersatu.
Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatan sebagai pengerusi PN, berkuat kuasa 1 Jan, menyusuli kemelut politik di Perlis, yang menyaksikan jawatan menteri besar beralih daripada PAS kepada Bersatu.
Sementara itu, Azmin mengumumkan peletakan jawatan selaku pengerusi PN Selangor, pada tarikh yang sama.
Terdahulu, Bendahari Agung PAS Iskandar Abdul Samad berkata Azmin patut mengikut langkah Muhyiddin, mengatakan mereka yang dilantik oleh pemimpin perlu letak jawatan sekiranya pemimpin tersebut berundur.