Kes Shafie hina mahkamah didengar 3 Feb

Kes Shafie hina mahkamah didengar 3 Feb

Presiden Warisan Shafie Apdal dilaporkan menghina mahkamah berkait inkues kematian Zara Qairina Mahathir pada 20 Sept.

shafie apdal
Presiden Warisan Shafie Apdal pada 20 Sept lalu dilaporkan mempersoalkan tempoh masa diambil untuk inkues kematian Zara Qairina Mahathir. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Kes menghina mahkamah membabitkan Presiden Warisan, Shafie Apdal berhubung kenyataannya mengenai inkues kematian Zara Qairina Mahathir akan didengar di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu pada 3 Feb.

Hakim Amir Shah Amir Hassan menetapkan tarikh itu semasa sebutan kes hari ini.

Peguam Shafie, Chen Ket Chuin, Jakariya Ab Jalil dan Batholomew Jingulam, berkata mereka telah memohon agar prosiding komital dibatalkan.

Timbalan Pendakwa Raya, Mustaffa P Kunyalan, mengesahkan perkara itu, menurut laporan media Sabah.

Shafie dilaporkan mempersoalkan tempoh masa yang diambil untuk inkues kematian Zara pada satu majlis di Kinabatangan pada 20 Sept.

Inkues itu bermula pada 3 Sept di hadapan Hakim Amir dan kini masih berlangsung.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.