Kerajaan tak boleh bergantung dana Petronas

Kerajaan tak boleh bergantung dana Petronas

Perdana menteri berkata ada keperluan mewujudkan entiti baharu perniagaan untuk menjana lebih pendapatan kepada kerajaan.

petronas-HQ
Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berkata pembayaran dividen Petronas kepada kerajaan bergantung prestasi syarikat itu dan harga petrol. (Gambar Reuters)
PETALING JAYA:
Kerajaan tidak boleh terlalu bergantung kepada Petronas untuk mendapatkan dana, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim, sambil menambah negara perlu ‘melangkah ke hadapan’.

Mengulas mengenai pembayaran dividen Petronas yang semakin berkurangan, Anwar yang juga menteri kewangan berkata, kerajaan perlu ‘menerima realiti’.

Pada Oktober lalu, dilaporkan kerajaan persekutuan menjangkakan pembayaran dividen RM20 bilion daripada syarikat minyak nasional itu, menjadikannya nilai terendah dalam tempoh sembilan tahun.

Anwar berkata, pembayaran dividen itu bergantung kepada prestasi Petronas dan harga petroleum.

“Saya fikir kita perlu menerima hakikat bahawa tidak boleh terlalu bergantung kepada sumbangan Petronas. Jadi, kita terima realiti.”

“Kita perlu mewujudkan entiti perniagaan baharu yang dapat menjana lebih banyak hasil untuk kerajaan,” katanya kepada editor.

Petronas membayar dividen RM32 bilion kepada kerajaan pada tahun lalu.

Memetik Reuters, pembayaran terendah oleh Petronas dalam tempoh 10 tahun terakhir adalah RM16 bilion, iaitu pada 2016 dan 2017.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.