
“Insya-Allah, petang ini saya akan membuat pengumuman khas terkait Kabinet Kerajaan Madani
“Kerajaan Madani akan terus memberi keutamaan untuk memperkukuh tadbir urus serta meningkatkan keberkesanan pelaksanaan dasar demi kesejahteraan rakyat dan negara,” katanya di Facebook.
Barisan Jemaah Menteri kini mempunyai empat jawatan kosong: ekonomi; sumber asli dan kelestarian alam sekitar; pembangunan usahawan dan koperasi; serta pelaburan, perdagangan dan industri.
Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan telah mengambil alih portfolio ekonomi buat sementara, manakala Menteri Perladangan dan Komoditi Johari Ghani mengendalikan portfolio sumber asli dan kelestarian alam.
Dua kekosongan itu berlaku selepas Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad dari PKR meletakkan jawatan pertengahan tahun ini.
Tengku Zafrul Aziz pula mengosongkan portfolio pelaburan, perdagangan dan industri kerana tempoh senatornya telah melebihi dua penggal.
Rafizi sebelum ini menteri ekonomi manakala Nik Nazmi memegang portfolio sumber asli dan kelestarian alam.
Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi pula mengetuai portfolio pembangunan usahawan dan koperasi buat sementara, selepas kekosongan susulan peletakan jawatan Ewon Benedick bulan lalu.