PN tak tanding PRK Kinabatangan, Lamag

PN tak tanding PRK Kinabatangan, Lamag

Timbalan Pengerusi PN, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat pimpinan tertinggi PN malam tadi.

bendera perikatan nasional
Tuan Ibrahim Tuan Man berkata walaupun tidak terlibat dalam PRK Kinabatangan dan Lamag, PN akan terus memantau perkembangan pilihan raya tersebut.
PETALING JAYA:
Perikatan Nasional (PN) memutuskan untuk tidak bertanding dalam PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag di Sabah, kata Timbalan Pengerusinya Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim yang juga timbalan presiden PAS berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat pimpinan tertinggi PN malam tadi, lapor Malaysia Kini.

“Perkara ini kita sudah bincang semalam (malam tadi) dan kita dah ambil keputusan untuk tidak menghantar calon bagi maksud PRK berkenaan.

“Bagaimanapun, PN akan terus memantau perkembangan PRK dan calon yang akan bertanding dalam PRK itu,” katanya.

PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag diadakan susulan kematian penyandangnya Bung Moktar Radin dari Barisan Nasional pada Jumaat lalu pada usia 66 tahun.

Beliau mewakili rakyat Lamag sejak 2020 dan Kinabatangan sejak 1999.

PRN lalu menyaksikan Bung yang meraih 3,908 undi diikut rapat seorang calon bebas (3,755), dalam pertandingan enam penjuru yang turut membabitkan Gabungan Rakyat Sabah (1,646), Warisan (372), dan Perikatan Nasional (258).

Pada PRU 2022, Bung mempertahankan Parlimen Kinabatangan dengan majoriti 4,330 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan mesyuarat khas pada 16 Dis ini, bagi membincangkan pilihan raya di Lamag dan Kinabatangan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.