
Beliau berkata, ujian percubaan, larian tanpa gagal (FFR) dan operasi percubaan sedang dijalankan.
“Sebagai pengendali, kami bersedia mengendalikan LRT 3 dengan selamat sebaik saja aset tren diserahkan kepada kami sepenuhnya oleh pasukan projek,” katanya pada sidang media di Stesen LRT Shah Alam.
Patrick Hwang, pengarah projek LRT 3 dari Setia Utama LRT 3 Sdn Bhd, berkata syarikat itu memulakan ujian FFR 26 Ogos lalu.
Mengikut peraturan, beliau berkata, tren utama atau ‘Golden Train’ perlu melengkapkan 4,000km tanpa sebarang kesilapan. Lima tren lain perlu melengkapkan 3,000km dan baki 18 tren 2,500km setiap satu tanpa gangguan.
Sasaran “Golden Train” sudah dicapai, manakala tiga tren mencapai objektif 3,000km dan baki 18 tren masih menjalani FFR.
Hwang berkata, 33 isu dikenal pasti ketika proses pengujian, kebanyakannya masalah teknikal yang boleh diatasi menggunakan tampalan perisian.
Katanya, masalah lain termasuk kegagalan tren berhenti tepat di platform, tren tidak dapat meneruskan perjalanan secara automatik ke stesen berikutnya dan pintu tidak terbuka secara automatik.
“Kami mengutamakan ujian tekanan bagi memastikan sistem rel yang selamat dan boleh dipercayai. Sekarang, ujian akan dijalankan dengan intensiti lebih tinggi dalam tempoh lebih panjang.
“Matlamatnya ialah mengenal pasti potensi masalah lebih awal bagi mengelakkan sebarang kegagalan apabila tren dibuka kepada orang ramai.”