Polis siasat unsur pengabaian dalam kes budak lemas di rumah kelab

Polis siasat unsur pengabaian dalam kes budak lemas di rumah kelab

Ketua Polis Nilai Johari Yahya berkata siasatan mendapati kanak-kanak itu mandi di kolam tanpa pengawasan dewasa.

Ketua Polis Nilai Johari Yahya berkata kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana pengabaian. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Polis menyiasat kemungkinan ada elemen pengabaian dalam kes kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun akibat lemas di kolam sebuah rumah kelab di Lenggeng, Nilai pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Nilai Johari Yahya berkata setakat ini polis sudah merakam keterangan ibu, bapa dan kakak mangsa yang berusia 15 tahun, guru serta doktor berkait kejadian itu

“Siasatan mendapati kanak-kanak itu mandi di kolam tanpa pengawasan dewasa dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana pengabaian.

“Bedah siasat di Hospital Rembau mengesahkan punca kematian disebabkan lemas,” katanya yang dipetik Bernama sebagai berkata.

Johari berkata polis akan menyerahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

Dalam kejadian kira-kira 12.15 tengah hari Sabtu lepas, mangsa ditemukan tidak sedarkan diri di dalam kolam itu selepas menghadiri majlis penyampaian hadiah sebuah tadika di dewan rumah kelab tersebut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.