Mayat remaja hanyut tersangkut di konkrit takungan air

Mayat remaja hanyut tersangkut di konkrit takungan air

Sebelum ini adiknya juga lemas pada Khamis ketika cuba mengambil bola dalam longkang besar di Taman Prima Saujana, Kajang.

Dua beradik lelaki berusia 12 dan 14 tahun lemas selepas terjatuh dan dihanyutkan arus deras dalam kejadian di Taman Prima Saujana, Kajang. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Remaja 14 tahun yang dihanyutkan arus deras ketika cuba mengambil bola dalam longkang ditemukan jasadnya tersangkut pada konkrit takungan air di Taman Prima Saujana, Kajang, malam tadi.

Ketua Polis Kajang Naazron Abdul Yusof, berkata mayat mangsa ditemukan pada 8.35 malam selepas dilapor hanyut sejak Khamis.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kajang untuk proses bedah siasat,” katanya kepada Bernama.

Dalam kejadian pada Khamis, dua beradik lelaki berusia 12 dan 14 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh dan dihanyutkan arus deras ketika cuba mengambil bola di dalam longkang besar di Lorong 1/3A, Taman Prima Saujana.

Mayat mangsa adiknya ditemukan pada 7.47 malam pada hari kejadian di Sungai Merbau, Kampung Sungai Kantan, Kajang kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.