Shamsul, Albert Tei didakwa esok

Shamsul, Albert Tei didakwa esok

Azam Baki berkata Albert Tei akan didakwa atas tuduhan memberi suapan manakala Shamsul Iskandar Akin bakal dituduh kerana meminta rasuah.

Shamsul Iskandar akin and albert tei
Shamsul Iskandar Akin dan Albert Tei akan berdepan pendakwaan di dua mahkamah. (Gambar MACC)
PUTRAJAYA:
Bekas setiausaha politik kanan kepada perdana menteri Shamsul Iskandar Akin dan ahli perniagaan Albert Tei akan didakwa di mahkamah esok dan Jumaat atas dakwaan rasuah.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki berkata kedua-duanya akan berdepan lima pertuduhan masing-masing empat pertuduhan di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur esok manakala satu pertuduhan di Mahkamah Shah Alam pada Jumaat.

Beliau menjelaskan Tei akan didakwa atas tuduan memberi suapan yang pendakwaan di bawah Sesyen 17 (b) Akta SPRM 2009.

Shamsul pula akan dituduh di bawah Sesyen 17 (a) Akta SPRM 2009 atas kesalahan menerima rasuah.

“Seorang lagi individu Sofia Rini Buyong tidak akan didakwa kerana beliau adalah saksi pendakwaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM.

Azam berkata siasatan kes membabitkan Shamsul dan Tei itu dilengkapkan selepas pihaknya merakam keterangan 32 orang saksi.

Beliau juga menegaskan Tei tidak boleh dianggap sebagai pemberi maklumat dalam kes itu.

“Dia tidak dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010,” katanya.

Shamsul, yang juga ketua PKR Melaka, meletak jawatan sebagai setiausaha politik kanan perdana menteri selepas mendakwa ada usaha menggunakan kontroversi untuk menjatuhkan reputasinya dan imej kerajaan.

Tidak lama selepas peletakan jawatannya, Tei dipetik Malaysiakini sebagai berkata, dia membelanjakan RM629,000 untuk kerja ubah suai, perabot dan peralatan untuk hartanah dikaitkan dengan Shamsul, serta barangan peribadi lain.

Tei juga berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp menunjukkan Shamsul didakwa meminta mata wang asing daripada ahli perniagaan itu sebelum ke luar negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.