
PETALING JAYA: Setiausaha Agung Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Razali Razi dan bekas presiden Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) Roger Chin antara enam dinamakan Adun dilantik.
Selain itu, Ketua PGRS Moyog Ceasar Mandela Malakun, bekas setiausaha politik ketua menteri Abdul Kassim Razali, Setiausaha Parti Liberal Demokratik Chin Shu Ying dan Ketua PKR Api-Api Grace Lee.
Ini bermakna tiga daripada ADUN dilantik itu adalah daripada komuniti Cina.
Pelantikan mereka diumumkan Pejabat Media dan Komunikasi Jabatan Ketua Menteri.
Peruntukan dalam Perkara 14(C) dalam perlembagaan Sabah membolehkan kerajaan negeri melantik enam Adun dilantik.