Lebih RM3 juta vape campur ketamin dirampas

Lebih RM3 juta vape campur ketamin dirampas

Polis turut menahan tiga lelaki bekerja sebagai penjual, penjaga stor dan pembungkus untuk sindiket terbabit.

Smoking and vaping
Ketua Polis Selangor Shazeli Kahar berkata sindiket dipercayai aktif sejak enam bulan lalu itu menjual vape bercampur ketamin secara terbuka kepada orang awam.
PETALING JAYA:
Polis menumpaskan sindiket stor penyimpanan dan pembungkusan vape campuran dadah di Klang minggu lalu serta menahan tiga lelaki.

Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar, berkata pihak merampas 2,068 katrij, 550 pod dan 240 botol berisi cecair vape campuran ketamin dianggarkan berjumlah RM3.04 juta, yang dipercayai untuk dipasarkan ke seluruh negara.

Katanya, tiga kereta dan barang kemas dianggarkan bernilai RM134,800 turut dirampas dalam serbuan 27 Nov lalu.

Menurutnya, tiga suspek berusia 33 hingga 49 tahun itu bekerja sebagai penjual, penjaga stor dan pembungkus untuk sindiket terbabit.

“Sindiket ini menjual vape bercampur dadah secara terbuka kepada orang awam dan dipercayai aktif sejak enam bulan lalu.

“Mereka dipercayai membeli dadah siap diproses dalam talian dan menggunakan perkhidmatan kurier bagi penghantaran,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, semua suspek direman tujuh hari hingga Khamis ini untuk disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.