
Hakim Noor Hayati Mat, yang membenarkan permohonan tersebut, berkata injunksi secara inter parte itu akan berkuatkuasa sehingga kes selesai.
Peguam TH, Akberdin Abdul Kader, berkata mahkamah turut mengarahkan Azuan Mazlan memadamkan tiga video yang mengandungi kenyataan didakwa memfitnah itu dalam tempoh 24 jam.
Azuan, yang menggunakan nama ‘Rukun Iman 6’ di TikTok, juga diperintahkan supaya berhenti berkongsi video tersebut di media sosial.
Menurut Akberdin, Azuan pada Ogos lalu mendakwa bahawa TH ditadbir oleh orang bukan Islam.
Azuan juga didakwa mendakwa TH menghalang sebuah NGO yang membantah usaha penjenamaan semula institusi itu daripada menyerahkan memorandum kepada pegawai TH.
Dia turut membuat sangkaan bahawa TH gagal melaksanakan tanggungjawab fidusiari dengan sewajarnya.
Injunksi interim terhadap Azuan itu dikeluarkan beberapa minggu selepas TH memperoleh perintah serupa terhadap seorang lagi pengguna TikTok, yang menghalangnya daripada menerbitkan dan berkongsi video yang didakwa memfitnah institusi berkenaan.
Pada 17 Sept lalu, Hidayat Razali mendakwa dalam satu video di TikTok bahawa ramai pendeposit mengeluarkan simpanan mereka daripada TH, dakwaan yang dinafikan oleh TH dalam afidavit sokongan.
Noor Hayati menetapkan 19 Jan untuk pengurusan kes.