
KOTA KINABALU: Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Dr Joachim Gunsalam mewakili Ketua Menteri Hajiji Noor mengumumkan senarai penuh Jemaah Menteri negeri membabitkan wakil rakyat daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Upko, Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).
Bagaimanapun, tiada wakil Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan bebas yang menyokong Hajiji pasca PRN Sabah, Sabtu lalu, dilantik menteri penuh.
Pengumuman dibuat di Sri Gaya, kediaman rasmi ketua menteri, selepas beberapa rundingan dalaman parti sejak keputusan rasmi pilihan raya diumumkan semalam.
Joachim, Setiausaha Agung GRS Masidi Manjun dan Presiden Upko Ewon Benedick dilantik sebagai timbalan ketua menteri.
Berikut senarai penuh menteri, portfolio dan parti diwakili:
- Kerja raya dan utiliti: Dr Joachim Gunsalam (GRS).
- Kewangan: Masidi Manjun (GRS).
- Perindustrian, keusahawanan dan pengangkutan: Ewon Benedick (Upko).
- Kerajaan tempatan dan perumahan: Arifin Arif (GRS).
- Pertanian, perikanan dan industri makanan: Jamawi Jaafar (PH)
- Pembangunan luar bandar: Rubin Balang (GRS).
- Pendidikan, sains, teknologi dan inovasi: James Ratib (GRS).
- Pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar: Jafry Ariffin (BN).
- Wanita, kesihatan dan kesejahteraan rakyat: Julita Majingki (GRS).
- Pembangunan belia, kemajuan sukan dan ekonomi kreatif: Nizam Abu Bakar Titingan (GRS).