2 warga asing ditahan berkait serangan maut di Kg Pandan

2 warga asing ditahan berkait serangan maut di Kg Pandan

Polis berkata mangsa disahkan meninggal dunia selepas dikejarkan ke hospital.

gaduh kampung pandan
Tangkap layar video menunjukkan sekumpulan lelaki bergaduh, dengan beberapa individu memukul seorang lelaki yang jatuh menggunakan kayu.
PETALING JAYA:
Dua warga asing ditahan susulan kematian seorang lelaki yang disyaki diserang di Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Wangsa Maju, Lazim Ismail, berkata mangsa berusia 22 tahun itu ditemui terbaring atas jalan raya dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kepala berdarah dan luka di tapak tangan kiri.

Menurutnya, mangsa dikejarkan ke hospital, tetapi disahkan meninggal dunia kira-kira 2.33 pagi tadi.

“Dua lelaki warga asing ditahan bagi membantu siasatan. Kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, dua suspek itu direman tiga hari sehingga esok, dengan motif kejadian masih dalam siasatan.

Terdahulu, klip video dua minit menunjukkan sekumpulan lelaki bergaduh, dengan beberapa individu memukul seorang lelaki yang jatuh dengan kayu.

Beberapa lelaki turut dilihat membaling bata ke arah mangsa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.