1 maut, 7 parah van kilang terbabas

1 maut, 7 parah van kilang terbabas

Enam mangsa parah ialah wanita berusia 21 hingga 52 tahun, manakala seorang lagi lelaki yang memandu van berkenaan turut cedera parah.

Keadaan van yang terbabas di Jalan Mount Erskine, George Town, awal pagi tadi. (Gambar JBPM Pulau Pinang)
GEORGE TOWN:
Seorang wanita maut, manakala tujuh lagi parah selepas van kilang dinaiki mereka terbabas di Jalan Mount Erskine di sini, awal pagi tadi.

Enam mangsa parah itu ialah wanita berusia 21 hingga 52 tahun.

Seorang lelaki yang memandu van berkenaan turut mengalami kecederaan parah.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.59 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba berdepan detik cemas apabila mendapati empat daripada lapan mangsa yang berada dalam van kilang itu tersepit dalam remukan kenderaan tersebut.

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal dibantu BBP Lebuh Pantai menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa tersepit, dengan semuanya dikeluarkan pada 7.17 pagi,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, seorang daripada mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat, manakala tujuh lagi mangsa parah dihantar ke hospital sama untuk rawatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.