
KOTA KINABALU: Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Hajiji Noor, meninggalkan Sri Gaya, kediaman rasmi ketua menteri untuk menuju ke Istana Seri Kinabalu.
Bagaimanapun, Hajiji enggan mengulas lanjut apabila disoal wartawan dengan berkata: “Kita pergi istana dulu nanti baru keluar kenyataan.”
Hajiji meninggalkan Sri Gaya sambil dikelilingi penyokong, susulan beliau dijangka mengangkat sumpah sebagai ketua menteri.
Setakat ini, GRS secara rasmi menang 29 kerusi. Hajiji juga dikatakan mendapat sokongan lima calon bebas, tiga wakil rakyat Upko dan seorang Pakatan Harapan.
Ini bermakna beliau melepasi 37 kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri.
Hajiji dilantik sebagai ketua menteri Sabah pada September 2020.