PRN Sabah: 10.14% keluar undi setakat 9 pagi

PRN Sabah: 10.14% keluar undi setakat 9 pagi

Pusat mengundi di 73 DUN akan ditutup 5 petang nanti.

pengundi sabah voters
Terdapat 1,784,843 pengundi berdaftar dalam daftar pemilih PRN Sabah ke-17, yang diadakan selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri 6 Okt lalu.
PETALING JAYA:
Peratusan keluar mengundi bagi PRN Sabah mencecah 10.14% setakat 9 pagi tadi, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pusat mengundi di 73 Dewan Undangan Negeri (DUN) akan ditutup 5 petang nanti.

Peratusan keluar mengundi pada PRN Sabah 2020 ialah 66.61%.

Terdapat 1,784,843 pengundi berdaftar dalam daftar pemilih bagi PRN Sabah ke-17, yang diadakan selepas pembubaran DUN pada 6 Okt lalu.

Kerajaan negeri sebelum ini dibentuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) selepas PRN 2020.

BN meninggalkan kerajaan negeri pada Januari 2023 selepas cubaan menyingkirkan Pengerusi GRS, Hajiji Noor, sebagai ketua menteri gagal.

Beberapa Adun BN terus menyokong Hajiji, manakala Pakatan Harapan turut menyertai kerajaan negeri selepas memberikan sokongan kepada ketua menteri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.