PAS cipta sejarah di Sabah, menang kerusi sulung

PAS cipta sejarah di Sabah, menang kerusi sulung

Pesuruhjaya PAS Sabah Aliakbar Gulasan berada di landasan untuk memenangi kerusi Karambunai bagi parti Islam itu.

Aliakbar Gulasan
Selepas PRN 2020 Pesuruhjaya PAS Sabah Aliakbar Gulasan dipilih sebagai Adun lantikan oleh kerajaan Sabah.
PETALING JAYA:
PAS mencipta sejarah apabila memenangi kerusi sulung di Sabah, berdasarkan kiraan undi tidak rasmi.

Pesuruhjaya PAS Sabah, Aliakbar Gulasan, yang kali pertama bertanding pilihan raya berada di landasan untuk memenangi kerusi Karambunai bagi parti Islam itu dalam PRN ke-17.

Aliakbar sebelum ini mencipta sejarah selepas PRN 2020 apabila menjadi wakil PAS pertama di Sabah, walaupun ketika itu beliau hanya Adun dilantik oleh kerajaan negeri.

Bekas pensyarah Universiti Malaysia Sabah itu berketurunan Pakistan-Murut dan memiliki ijazah doktor falsafah geografi bandar dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Walaupun PAS sudah lama bertapak di Malaysia Timur, parti itu tidak pernah berjaya memenangi sebarang kerusi Parlimen atau DUN di Sabah atau Sarawak sehingga kini.

PAS meletakkan lima lagi calon di Petagas, Tanjung Batu, Balung, Merotai dan Kunak, namun semuanya dijangka tewas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.