17 penjawat awam antara 208 ditahan di sauna Chow Kit

17 penjawat awam antara 208 ditahan di sauna Chow Kit

Polis turut merampas sejumlah kondom dan beberapa barangan berkaitan aktiviti tidak bermoral.

ops songsang
Polis menyerbu sebuah gimnasium dan sauna dua tingkat dipercayai dijadikan pusat bagi golongan lelaki bertemu serta bertukar pasangan bagi melakukan perbuatan seksual songsang. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seramai 17 penjawat awam, remaja dan warga emas antara 201 pengunjung serta tujuh pekerja ditahan di sebuah gimnasium dan sauna dua tingkat yang dipercayai menjadi sarang aktiviti tidak bermoral di Chow Kit, semalam.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Mohd Azani Omar, berkata premis yang disyaki beroperasi setiap hari sejak lapan hingga 10 bulan lalu itu, dipercayai dijadikan pusat bagi golongan lelaki bertemu dan bertukar pasangan bagi melakukan perbuatan seksual songsang.

Katanya, setiap pengunjung dikenakan bayaran kemasukan RM35 dan tambahan RM10 bagi pendaftaran pelanggan kali pertama.

Menurutnya, serbuan dijalankan Pasukan Strike Force Polis Kuala Lumpur bersama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan susulan risikan selama dua minggu.

“Tangkapan membabitkan 24 warga asing, manakala selebihnya warga tempatan, termasuk 17 penjawat awam berusia 19 hingga 60 tahun.

“Pihak polis turut merampas sejumlah kondom dan beberapa barangan berkaitan aktiviti tidak bermoral,” katanya menurut Harian Metro di lokasi serbuan.

Beliau berkata, semua 201 pengunjung dan tujuh pekerja premis itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.