
Krishnan Rajendran, 37, dan seorang suspek masih bebas didakwa melakukan kesalahan itu di luar premis Tanjung Balai Group, Jalan Telawi 3, Selasa lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan secara sengaja, yang membawa hukuman penjara sehingga setahun, denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Majistret llli Marisqa binti Khalizan membenarkan Krishnan diikat jamin RM2,000 bersama seorang penjamin dan menetapkan 22 Jan depan untuk jatuh hukum.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hench Goh, manakala peguam Mohamad Salihen Mastor mewakili tertuduh.
Haresh yang juga pengasas bersama portal berita Twentytwo13, diserang dua individu ketika hendak masuk ke keretanya di Bangsar.
Susulan itu, seorang lelaki ditahan Rabu lalu kerana dipercayai terbabit serangan itu.