Lebih 100 berarak ke Bukit Aman desak Indira disatu dengan anak

Lebih 100 berarak ke Bukit Aman desak Indira disatu dengan anak

Berucap kepada orang ramai Indira Gandhi berkata ini mungkin peluang terakhir untuknya bersatu semula dengan Prasana Diksa.

protest indira gandhi
Peserta mendesak keadilan untuk Indira Gandhi.
KUALA LUMPUR:
Lebih 100 individu daripada pelbagai NGO berhimpun di hadapan pusat membeli-belah Sogo bagi mendesak polis mengesan anak perempuan Indira Gandhi.

Berucap kepada orang ramai, Indira berkata ini mungkin peluang terakhir untuknya bersatu semula dengan Prasana Diksa yang dibawa lari bekas suaminya 16 tahun lalu.

Terdahulu, kumpulan itu berhimpun pada 10.30 pagi sebelum berarak ke Bukit Aman.

Mereka membawa plakad ‘mana anak saya IGP’, ‘Prasana berhak bersama ibu’ dan ‘IGP, pulangkan anakku’.

protest indira gandhi
Peserta berhimpun di hadapan pusat membeli-belah Sogo sebelum berarak ke Bukit Aman.

Kumpulan itu turut melaungkan ‘tangkap Riduan’, ‘pulangkan Prasana’ dan ‘PDRM berlaku adil’.

Antara yang hadir dalam perhimpunan itu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M Kulasegaran, bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim, bekas pengerusi Bersih Ambiga Sreenevasan dan aktivis sosial Marina Mahathir.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.