
Calon Pakatan Harapan (PH) itu berkata keadaan jumlah calon yang ramai termasuk penyertaan dua bekas Adun memberi ruang kepada pengundi menilai secara lebih teliti siapa benar-benar memiliki integriti, keupayaan dan kepimpinan untuk membawa Inanam ke depan.
“Saya selalu melihat dari sudut positif dan cabaran ini memberi kita tenaga untuk mempertaruhkan kebolehan bagi membuktikan kepada rakyat yang kita layak dipilih.
“Ini (pertandingan 13 penjuru) bukan kejutan tetapi biasa di Sabah. Tapi sudah tentu rakyat sukar menilai kerana ramai calon kita tidak kenal – dari segi peribadi, kebolehan dan kelebihan masing-masing.

“Pemilihan wakil rakyat bukan main-main tetapi siapa mampu mengangkat kawasan ini menjadi lebih baik,” katanya kepada FMT.
Peto akan disaingi dua bekas wakil rakyat Inanam iaitu Kenny Chua mewakili STAR dan Dr Roland Chia yang bertanding atas tiket bebas.
Calon lain Wong Thien Fook (Upko), Edna Jessica Majimbun (Warisan), Lewis Wong (Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat), Paul Anap (Parti Impian Sabah) dan Joseph Linggian (Parti Kerjasama Anak Negeri).
Sumali Marino Ahmad (Parti Rumpun Sabah), Gordon Lai (Parti Bumi Kenyalang), Martin Sibit (Parti Gemilang Anak Sabah), Chia Yun Kong (Perjuangan Rakyat) dan Shone Eric Jr Majimbun (bebas).
Pada PRN 2020, Peto menang dengan majoriti 5,638 undi dalam pertandingan 10 penjuru.