
Timbalan Pendakwa Raya P Rubini memaklumkan perkara itu semasa sebutan kes di hadapan Majistret Saiful Sayoti hari ini.
Peguam Nor Amirah Ibrahimi Suhaimi yang mewakili remaja lelaki itu seterusnya memohon tarikh baharu untuk pengurusan kes sebelum perbicaraan.
Mahkamah menetapkan 17 Dis untuk pengurusan kes.
Mengikut tuduhan, remaja itu didakwa memandu sebuah Honda Jazz secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian Muhammad Aidil Ramdan Abdullah, 15; Muhammad Aswari Lotpi, 16; dan Aisar Azim Abdullah, 17, di Jalan Persiaran Senawang 1 pada 8.30 malam, 6 Mac.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun dan denda minimum RM20,000 dan tidak lebih RM50,000, jika sabit kesalahan.
Bagi kesalahan kedua, remaja itu menghadapi tuduhan memandu tanpa lesen yang sah di tempat dan waktu sama mengikut Seksyen 26(1) akta serupa, yang membawa hukuman denda tidak kurang RM300 hingga RM2,000 atau penjara tidak lebih tiga bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.