Lelaki ditahan serang aktivis NGO

Lelaki ditahan serang aktivis NGO

Polis berkata suspek ditahan 11.50 pagi Isnin susulan laporan diterima pada 6.44 petang Ahad.

Tangkap layar video tular menunjukkan suspek mengeluarkan kata-kata kesat dan bertindak agresif terhadap aktivis NGO dipercayai memberi penerangan larangan warga asing menjalankan perniagaan di kawasan terbabit.
KUALA LUMPUR:
Seorang lelaki ditahan kerana membuat provokasi terhadap sekumpulan aktivis badan bukan kerajaan (NGO) di Pusat Bandar Utara, Selayang, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Sentul, Ahmad Sukarno Mohd Zahari, berkata suspek 38 tahun itu ditahan 11.50 pagi Isnin susulan laporan diterima pada 6.44 petang Ahad.

Beliau berkata, suspek didapati mempunyai satu rekod jenayah lampau dan tiga rekod berkaitan dadah.

“Pihak polis akan membuat permohonan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323, 506 dan 509 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Video tular menunjukkan suspek mengeluarkan kata-kata kesat dan bertindak agresif terhadap aktivis NGO yang dipercayai memberikan penerangan larangan warga asing menjalankan perniagaan di kawasan itu, tular di media sosial sejak kelmarin.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.