
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Temu, Muhammad Shamser Mat Sharif, berkata lelaki 52 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri ketika operasi menyelamat dilakukan.
“Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Melaka menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS 999 kira-kira 9 malam tadi dan operasi dilakukan BBP Padang Temu melibatkan lima anggota dan sebuah jentera.
“Pihak bomba tiba di lokasi kejadian dalam tempoh kira-kira enam minit dan seorang lelaki ditemui tidak sedarkan diri sebelum dibawa turun menggunakan pengusung,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, mangsa diberikan rawatan awal sebaik dibawa turun, namun disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan.
Katanya, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.