Polis tahan lelaki warga asing liwat kucing

Polis tahan lelaki warga asing liwat kucing

Suspek ditahan di sebuah pangsapuri di Shah Alam selepas penduduk yang lihat kejadian itu buat laporan polis.

Ramsay Embol
Pemangku Ketua Polis Shah Alam Ramsay Embol berkata pengawal keselamatan warga asing itu direman hingga 19 Nov ini bagi membantu siasatan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Polis menahan seorang lelaki warga asing yang disyaki meliwat seekor kucing dalam satu kejadian di sebuah pangsapuri di Kota Kemuning di Shah Alam, Jumaat lalu.

Pemangku Ketua Polis Shah Alam Ramsay Embol berkata, lelaki berusia 33 tahun itu ditahan selepas menerima laporan dari penghuni pangsapuri berkenaan pada 12.30 tengah malam Sabtu lalu.

Katanya, pengadu bersama suaminya yang baru tiba di kediaman mereka melihat dari dalam kereta seorang lelaki dalam keadaan bogel dipercayai sedang meliwat seekor kucing.

“Suami pengadu kemudian naik ke aras empat untuk menegur perbuatan itu sebelum suspek mencampakkan kucing itu ke bawah dan melarikan diri. Pengadu turut merakam kejadian itu menggunakan telefon bimbitnya.

“Bertindak atas maklumat, pada 4.45 pagi polis menahan seorang lelaki warga Nepal yang dipercayai suspek kejadian,” katanya dalam kenyataan lapor Harian Metro.

Kata Ramsay, suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di pangsapuri berkenaan direman hingga 19 Nov ini bagi membantu siasatan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek suspek di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan kesalahan iaitu persetubuhan luar tabii dengan haiwan dan Seksyen 428 Kanun Keseksaan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.