
Rafique menjelaskan, logo parti salah seorang calon yang diumumkan hari ini disalah papar di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya, justeru beliau menggesa suruhanjaya itu agar segera membetulkannya.
“Mukhriz Mahathir selaku presiden Pejuang tidak pernah pada bila-bila masa bagi tujuan PRN Sabah 2025 mengeluarkan watikah pencalonan pada mana-mana individu bertanding atas nama, logo dan tiket parti,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, wakil parti di Sabah telah diarahkan membuat laporan polis segera berhubung penggunaan logo Pejuang secara salah.
Pada PRN Sabah kali ini, DUN Kapayan menyaksikan pertandingan 13 penjuru termasuk Lasius Miki, yang disenaraikan di laman web SPR sebagai calon Pejuang.
Calon lain termasuk penyandang Jannie Lasimbang (DAP); Chin Tek Ming (Warisan); Bernard Logijin (Parti Solidariti Tanah Airku); Billy Joe Dominic (Upko); Dr Edwin Bosi (Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat); Chin Ling Ling (Parti Impian Sabah); Wong Kong Fooh (Parti Kerjasama Anak Negeri); Kuo Lee On (Parti Bumi Kenyalang; Sylvester Moloukun (Parti Aspirasi Rakyat Sarawak); serta calon-calon bebas iaitu Cyril Gerald Liew, Sabariah Aziz dan Land Lip Fong.