Mahkamah tolak permohonan reman 10 ditahan protes di Kg Jalan Papan

Mahkamah tolak permohonan reman 10 ditahan protes di Kg Jalan Papan

Tetapi, enam lagi individu dikatakan ditahan pagi tadi, termasuk AJK Pusat PSM Chang Yee Shan dan penyelaras Suaram Jernell Tan.

arutchelvan
Timbalan Ketua PSM S Arutchelvan antara tiga lelaki direman atas dakwaan menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
PETALING JAYA:
Mahkamah Majistret Klang menolak permohonan polis untuk mereman 10 aktivis dan penduduk yang ditahan berhubung kerja perobohan di Kampung Jalan Papan.

Timbalan Ketua PSM, S Arutchelvan menerusi teks ringkas dalam kumpulan WhatsApp media berkata, mahkamah menolak permohonan reman pagi tadi.

“Bagaimanapun, enam lagi ditahan hari ini, termasuk Chang Yee Shan, ahli Jawatankuasa Pusat PSM dan Jernell Tan, penyelaras kumpulan hak asasi Suara Rakyat Malaysia.”

Semalam, Tan dilaporkan berkata, pihak berkuasa akan membawa lapan aktivis dan dua penduduk Kampung Jalan Papan ke mahkamah hari ini untuk permohonan reman susulan bantahan mereka terhadap kerja perobohan.

Tan turut mengesahkan Arutchelvan dan dua lelaki lain direman sehari lagi susulan penahanan mereka Rabu lalu atas dakwaan menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.