GRS dan PKR dijangka bertembung di 2 kerusi DUN Sabah

GRS dan PKR dijangka bertembung di 2 kerusi DUN Sabah

Kedua-duanya sudah mengumumkan calon di Moyog dan Bandau.

10 calon PKR Sabah
Presiden PKR Anwar Ibrahim, minggu lalu mengumumkan 10 calon PKR untuk PRN Sabah. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan PKR dijangka bertembung di dua kerusi pada PRN Sabah.

Pengarah Pilihan Raya PKR Sabah Peto Galim mengesahkan parti itu akan bertanding di Bandau dan Moyog.

Menurut laporan Sinar Harian, Peto berkata PKR Sabah mencalonkan Remystar Taylor untuk bertanding di Moyog. Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan siapa calon PKR untuk Bandau.

GRS sebelum ini menamakan Redonah Bahanda sebagai calon mereka di Bandau, manakala Joeynodd Aiiko Roland Bansin akan bertanding di Moyog.

Dengan itu, jumlah calon PKR untuk pilihan raya negeri kali ini meningkat kepada 12, selepas parti itu mengumumkan 10 calon, minggu lalu.

Pada PRN 2020, PKR memenangi dua kerusi – Inanam yang dimenangi Peto, dan Api-Api yang dimenangi Christina Liew.

Liew, bekas ketua PKR Sabah, tidak dicalonkan pada tahun ini.

Peto pula dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi Inanam.

PH telah mencapai persetujuan berasingan dengan GRS dan BN menjelang pilihan raya 29 Nov.

GRS dan PH adalah rakan gabungan dalam kerajaan negeri pimpinan Hajiji Noor, manakala BN berada di blok pembangkang dalam DUN Sabah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.