Ewon ketuai 25 calon Upko, pertahan Kadamaian

Ewon ketuai 25 calon Upko, pertahan Kadamaian

Parti itu akan membawa agenda 'Sabah First' selaras semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Wilfred Madius Tangau n Ewon Benedick
Ewon Benedick akan pertahan DUN Kadamaian manakala Wilfred Madius Tangau mencuba nasib merampas Tamparuli daripada Parti Bersatu Sabah (PBS).(Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Presiden Upko Ewon Benedick bakal mempertahankan DUN Kadamaian pada PRN 29 Nov depan yang menyaksikan parti itu bertanding 25 kerusi dengan membawa agenda ‘Sabah First’.

Presiden Kehormat Wilfred Madius Tangau pula akan mencuba nasib untuk memenangi DUN Tamparuli selepas tewas di Kiulu pada pilihan raya negeri, lima tahun lalu.

Timbalan Presiden Upko Donald Peter Mojuntin pula dinamakan di Moyog, DUN pernah diwakilinya dari 2013-2018 manakala Naib Presiden Wong Thien Fook di Inanam, Setiausaha Agung Nelson W Angang di Limbahau manakala Ketua Pemuda Felix Joseph Sitin di Telupid.

Ewon berkata Upko akan memperjuangkan manifesto serta agenda ‘Sabah First’ selaras semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan hak-hak Sabah seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Saya juga akan memimpin calon-calon Upko menawarkan kepimpinan berprinsip dengan tanda aras serta petunjuk prestasi kepada setiap mereka supaya sentiasa melakukan yang terbaik untuk rakyat Sabah,” katanya.

Berikut senarai penuh calon Upko:

  1. Bengkoka: Junsim Rumunzing
  2. Bandau: Suzie Salapan
  3. Tandek: Jamil M Zakariah @ Majingkin
  4. Kadamaian: Ewon Benedick
  5. Tamparuli: Wilfred Madius Tangau
  6. Kiulu: Joisin Romut
  7. Inanam: Wong Thien Fook
  8. Tanjung Aru: Dennison R Indang
  9. Petagas: Lee Nyuk Soon @ Jason Lee
  10. Tanjung Keramat: Rosday Wasli
  11. Kapayan: Billy Joe Dominic
  12. Moyog: Donald Peter Mojuntin
  13. Limbahau: Nelson W Angang
  14. Membakut: Rowindy Lawrence Odong
  15. Kundasang: Rogers Tiam @ Aloysius
  16. Karanaan: Georgina L George
  17. Bingkor: Kennedy Jie John @ Kenn
  18. Liawan: Wilson Gan Poi Tze
  19. Melalap: Junik Bin Bajit
  20. Tulid: Mohd Khairil Abdullah
  21. Nabawan: Junilin @ Jubiliin Bin Kilan
  22. Telupid: Felix Joseph Sitin
  23. Labuk: Norfadzlina Binti Ramsah
  24. Gum-Gum: Peter Jr Naintin
  25. Kuamut: Mohina Sidom @ Mohina Ronnie Sidom

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.