PRN Sabah: KDM tanding 39, anak pertahan kerusi pengasas

PRN Sabah: KDM tanding 39, anak pertahan kerusi pengasas

Priscella Peter akan mempertahankan Melalap yang disandang bapanya, Peter.

Priscella Peter
KDM akan bertanding 39 daripada 73 kerusi pada PRN Sabah ke-17. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) meletakkan harapan pada pemangku presiden, Priscella Peter, untuk mempertahankan DUN Melalap, yang disandang pengasas parti itu yang juga bapanya, Peter  Anthony.

Percaturan ini sebahagian daripada 39 daripada 73 kerusi yang ditandingi pada PRN Sabah ke-17.

Pada PRN 2020, Peter menang dengan kelebihan 1,719 undi dalam pertandingan enam penjuru. Beliau yang bertanding atas tiket Warisan meraih 5,245 undi, diikuti calon Barisan Nasional (3,526) dan Parti Bersatu Sabah (1,359).

Pada 20 Ogos lepas, Mahkamah Rayuan menolak permohonan semakan Peter terhadap sabitan dan hukuman penjara tiga tahun, bagi kesalahan memalsukan dokumen berkaitan kontrak penyelenggaraan dan perkhidmatan di Universiti Malaysia Sabah.

Oleh itu, bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah itu kekal menjalani hukuman penjara.

Sementara itu, KDM turut mengemukakan Timbalan Presiden Wetrom Bahanda di Matunggong, dan Naib Presiden Abu Bakar Ellah di Kuamut.

Wetrom akan bertanding di kerusi yang menyaksikan pertandingan lapan penjuru, akhirnya dimenangi oleh PBS dengan kelebihan 1,510 undi.

Manakala Abu ditugaskan untuk merampas Kuamut daripada Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah, Masiung Banah, yang menang dengan majoriti 978 undi sebagai calon Bebas.

Berikut kerusi dan calon:

  1. Bengkoka – Rahim @ Richard Mazagi
  2. Pitas – Abd Hamid Kimin
  3. Matunggong – Wetrom Bahanda
  4. Bandau – Jaiping Minsu
  5. Tandek – Benson Tuyundo
  6. Pintasan – Almudin Kaida
  7. Tempasuk – Rozlih @ John Samud
  8. Kadamaian – Josely Taising
  9. Pantai Dalit – Jaesman @ Jaess Gipin
  10. Tamparuli – Gaim @ James Lunkapis
  11. Kiulu – Henry Saimpon
  12. Darau – Nordin AH Thani
  13. Inanam – Jos @ George Guntarik
  14. Petagas – Adelaide Cornelius
  15. Tanjung Keramat – Sugarah @ Segarah Miasin
  16. Kepayan – Edwin @ Jack Bosi
  17. Moyog – Mckery Victor Ninin
  18. Limbahau – Malik Luman
  19. Pantai Manis – Datu Mohamad Datu Tamin
  20. Bongawan – Peter Matinjal
  21. Klias – Mohd Ariffin Barhim
  22. Lumadan – Abd Jarih Okin
  23. Sindumin – Sani Maisin
  24. Kundasang – Jattry Abie @ Jeffry Mohd Ali
  25. Karanaan – Karim Adam
  26. Paginatan – Rusdin @ Musidi Riman
  27. Tambunan – Jikol Tagua
  28. Bingkor – Niklos Ongoh
  29. Liawan – Peter Paun
  30. Melalap – Priscella Peter
  31. Tulid – Aisat Ellik Igau
  32. Nabawan – Jekerison Kilan @ Kilam
  33. Telupid – Nilis Joseph
  34. Labuk – Marx Henry Lim
  35. Karamunting – Chew Kok Woh
  36. Elopura – Liau Fui Fui
  37. Tanjong Papat – Poon Ming Fung
  38. Kuamut – Abu Bakar Ellah
  39. Sri Tanjong – Ricky Hong Chee Kiong

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.